Berikanlah cinta kpd yang tahu menghargainya. Jawapannya pastilah Allah kekasih Yang Agung

Berikanlah cinta kpd yang tahu menghargainya. Jawapannya pastilah Allah kekasih Yang Agung

Allah cintaku selamanya

Allah cintaku selamanya

tangisan cinta

tangisan cinta

CINTAILAHILAHI

jgn kau bimbang andai dirimu x rupawan
tapi bimbanglah andai akhlakmu, akhlak murahan
jgn kau gundah andai dirimu belum berpasangan
tapi gundah gulanalah andai kau belum dapat cinta tuhan

CINTAILAHILAHI ITULAH CINTA SEJATI

Cintailah ILAHI dengan sepenuh hatimu pasti hatimu akan tenang dan cintamu takkan dipersiakan oleh-Nya.
Powered By Blogger

Friday, December 25, 2009

setiap degupan jantungku ada nama-NYA



setiap degupan jantung kita hanya ada nama-Nya
tika kau lemah atau kuat
ingatlah semuanya datang dari-Nya
biar jantung kita sesak dengan mengingati nama-Nya
semuanya kulakukan kerna Dia
dengan rela tanpa dipaksa

jadi mengapa kita hendak meletakkan nama lain
dihati dan jantung kita selain dari nama-Nya
bukankah nama itu yg berdegup di setiap degupan
dan nafas kita sejak kita lahir kedunia
nama itu sudah cukup dan tak perlu ditambah
dengan nama yg lain

kerna tuan punya nama itu yg menjaga kita
mencukupkan segala keperluan kita
menyembuhkan kita
berada bersama kita tika kita senang atau susah
yg mengetahui isi hati kita
yang setia memberikan cinta wlaupn kita melupakan-Nya
dan yang mematikan dan menghidupkan kita


itulah satu nama
ALLAH

mengapa dicari lagi nama hamba-Nya
sedangkan nama penciptanya Yg Maha Kuasa

sudah sedia tercatat dalam hati dan jantung kita
sejak mula jantung berdegup didunia


tepuk dada tanya iman dihati

insan faqir

Friday, December 18, 2009

Hijrahku bawa sinar kebahagiaan




Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah kini ana bersyukur diatas hidayah dan tarbiyah yg Allah telah berikan kepada ana. kini ana sedar bahawa hijrah ana dahulu tiada sesalan malah membawa seribu satu sinar kebahagiaan dalam hidup ana.
walaupun pada permulaan hijrah ana, ana berusha mencari sahabat dan saudara seislam yg dapat membimbing ana kejlnNya. Alhamdulillah usha ana dipermudahkan. ana temui ramai insan seagama yang boleh dijadikan sahabat juga saudara.
sewaktu ana mengikuti plkn, ana mula menemui insan2 yg beragama yg dpt membimbing ana. di kem banyak juga perkara2 dan kesilapan yg ana pandang remeh yg ana lakukan. semuanya kerana kejahilan ana memahami akhlak islamiyyah yg sebenar dan akhlak seorg muslimah yg sebenar.
namun alhamdulillah disana ana mula menjaga pandangan mata dan hati kerna ana sedar pada masa itu bahwa ana insan yg faqir. hanya ana ada lakukan kesilapan kerana sifat ingin mencuba ana. astargfirullah... ampunkan ana Ya Allah.
namun melihatkan sahabat2 satu kem yg baik akhlak dan agamanya pada masa itu terdetik dalam hati ana "indahnya islam jika dihayati dan diikuti dengan sebenar-benarnya" itulah pada zmn kini islam itu indah dan islam adalah nilmat yg x terhingga namun ada segelintir umat islam yg x ikuti agama ini yg mencacatkannay dan menampakkan islam itu ekstrimis, pelik, kolot, dan sama dgn agama lain padahal sebaliknya. islam adalah agama yg menyeluruh yang syumul hanya org islam yg menyempitkannya dimata dunia. wallahua'lam...
jd nak tahu indahnya islam pandanglah pada islam bukan pada org islam kerna manusia adlah insan yg x sempurna dan punya banyk klemahan hanya Allah lah yg sempurna dr semua segi.

Kini Alhamdulillah pelbagai perubahan yg ana dah lakukan dlm hidup ana yg membuahkan hasil yang ana sendiri x pernah membayangkan. syukran Allah. kini ana mohon agar Allah menjadikan ana semakin matang dalam menempuhi hidup yg penuh ranjau. jd ana x pernah kesal dgn hijrah yg ana lakukan sebaliknya bersyukur...
hijrah sememangnya pahit namun apabila ditempuh dengan tawakkal dan usha pasti dipermudahkan oleh-Nya.

anafaqirilallah


Wednesday, December 16, 2009

catatan pertama tarbiyahku


Masih segar diingatanku tatkala pintu hatiku diketuk dan terbuka untk mengenali lebih dekat kekasih sejati dan abadi Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. waktu itu diriku dihambat kepiluan lantaran musibah yg melanda hati ini. pd masa itu ana terasa sedih sangat sebab dapat keputusan SPM yg kurang memuaskan. namun Alhamdulillah ana sangt bersyukur kerna pada masa itu ana masih ada keluarga dan kawan2 yg sentiasa memberi semangt dan menjadi penawar kedukaan ini.

Bermula pada saat itulah baru ana tersedar yang ana terlupa bahawa kesedihan itu hanyalah sementara dan itu hanyalah keputusan ujian didunia. bagaimana pula keputusan ujian ana sewaktu ana diakhirat. apakah ana akan tersungkur dihadapan pintu syurga lantas diheret kepintu neraka....
apakah agama ana sebenarnya... ana terlupa bahawa salah satu rukun iman ialah beriman kepada qada dan qadar. bermula dari saat itu ana mula muhasabah diri ana.
seorang ulama tabiin 'maimun bin mahran pernah berkata"seseorang yg tidak dapat bersikap redha dgn ketentuan Ilahi maka tidak ada penawar kepada kebodohannya"
ana x mahu menjadi umat yang jahil selama-lamanya dan apalagi menjadi hamba yg jauh dari rahmat dan kasi sayang Allah... memang disitulah kesilapan ana, ana x mengamalkan islam secara sepenuhnya... dulu pada fikiran ana apabila kita beriman kpd Allah, dah solat puasa dan x lakukan apa yang dilarang oleh Allah, maka agama ana dah sempurna. rupa-rupanya islam lebih dari itu.
dan ana terlupa pada kekasih sejati ana ALLAH S.W.T. dan Nabi junjungan ana yg mulia Muhammad s.a.w.